Thursday 9 June 2011

(HUMAN DEVELOPMENT TEACHERS)PROGRAM BINA INSAN GURU

 BINA INSAN GURU KELAS PERTAMA
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan persaingan pada abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem perguruan negara. Justeru, program Bina Insan Guru (BIG) telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Program ini dilaksanakan selama empat hari tiga malam. Pelajar diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan self-esteem,   membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan. Untuk keterangan lebih lanjut, klik http://www.kokurikulumbainun.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment