13. PERATURAN DAN ARAHAN TETAP BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Program ini adalah bersifat latihan sepenuh masa di lapangan. Peraturan dan arahan tetap bertujuan untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan program. Peserta yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana bahagian dalam peraturan dan arahan tetap ini dan setelah diberikan khidmat nasihat tetapi masih melanggar atau tidak mematuhi mana-mana bahagian peraturan dan arahan tetap berkenaan, boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak urus setia program.
13.1 PERATURAN AM
13.1.1 Urus setia dan jurulatih BIG PPG terdiri daripada pensyarah-pensyarah, kakitangan dan jurulatih jemputan.
13.1.2 Peserta dikehendaki melaporkan dengqan segera kepada pihak komandan kem, urus setia atau jurulatih bertugas jika berlaku apa-apa kemalangan dan kecemasan yang ditafsirkan boleh membahayakan diri.
13.1.3 Semua jenis alat komunkasi termasuk radio, televisyen, akhbar dan telefon tidak dibenarkan atau disediakan.
13.1.4 Peserta dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit atau lain-lain alat komunikasi semasa aktiviti dijalankan.
13.1.5 Sebarang pesanan maklumat atau pembelian peralatan dan keperluan peribadi yang ditafsirkan penting hendaklah dibuat menerusi atau mendapat keizinan komandan kem, urus setia atau jurulatih.
13.1.6 Semua peserta dikehendaki membawa peralatan dan keperluan peribadi yang mencukupi dan bersesuaian dengan program.
13.1.7 Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan dan keperluan peribadi masing-masing.
13.1.8 Semua peserta program adalah tertakluk kepada PERATURAN, ARAHAN TETAP DAN ETIKA PESERTA BIG PPG.
13.1.9 Peraturan dan arahan-arahan lain yang diputuskan akan dimaklumkan kepada peserta dari semasa ke semasa oleh komandan kem atau urus setia atau jurulatih.
13.2 BAHASA PANGGILAN
13.2.1 Panggilan untuk komandan kem, urus setia dan jurulatih ialah Tuan / Puan
13.2.2 Panggilan untuk peserta Ialah Saudara / Saudari atau Cikgu.
13.3 KESELAMATAN
13.3.1 Keselamatan di lokasi aktiviti (camp site) adalah di bawah kawalan dan tanggungjawab komandan kem, jurulatih, urus setia dan semua peserta..
13.3.2 Jika berlaku kecemasan, wisel kecemasan akan dibunyikan tanpa henti untuk sesuatu jangka waktu yang panjang yang diikuti arahan selanjutnya.
13.3.3Menghisap rokok, minum minuman keras, penyalahgunaan dadah dan sebarang bentuk perjudian, aktiviti-aktiviti dan apa-apa bahan anti sosial tidak dibenarkan sama sekali di dalam kawasan aktiviti BIG (camp site).
13.3.4Jenis senjata yang ditafsirkan membahayakan diri dan peserta yang lain tidak dibenarkan disimpan oleh peserta kursus dan hendaklah diserahkan kepada komandan kem.
13.3.5Komandan kem, urusetia dan jurulatih akan sentiasa memantau kawasan kem (camp site) dan perkhemahan peserta.
13.4 KETEPATAN MASA
Semua peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan di dalam semua aktiviti program.
13.5 PAKAIAN
Peserta dikehendaki membawa kelengkapan-kelengkapan asas sebagaimana berikut:
· Baju T berkolar institut lengan panjang
· Baju T berkolar biasa berwarna gelap lengan panjang yang mencukupi
· Sebarang baju T lengan panjang yang tidak mempunyai rekaan yang menggambarkan anti sosial
· Seluar trek yang mencukupi
· Kasut sukan yang mencukupi
· Kasut getah
· Sarung kaki / stokin yang mencukupi
· Pakaian solat / telekung
· Keperluan peribadi yang lain
* Semua peserta hendaklah sentiasa menutup aurat seperti yang diarahkan dan memakai tanda nama serta topi pada setiap masa sepanjang program dijalankan.
13.6 KEBERSIHAN
Kawasan kem termasuk tempat perkhemahan, dewan makan, bilik mandi, tandas dan kawasan rehat peserta hendaklah sentiasa bersih, kemas dan selamat digunakan pada bila-bila masa.
13.7 PERGERAKAN PESERTA DAN AKTIVITI
Pergerakan peserta dari satu destinasi atau aktiviti hendaklah sentiasa dalam kumpulan dan teratur seperti yang diarahkan. Ketua kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin ahli kumpulan masing-masing serta pergerakan dan aktiviti yang dijalankan.
13. 8 KAWASAN LARANGAN
13.8.1 Peserta dilarang keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran komandan kem.
13.8.2 Peserta tidak dibenarkan berada di kawasan bilik urusetia dan jurulatih, kecuali dengan kebenaran komandan kem.
13.9 PENJIMATAN
Peserta dilarang membazir tenaga elektrik dan penyambungan pendawaian elektrik adalah dilarang kecuali dengan kebenaran komandan kem.
14. TANGGUNG JAWAB PESERTA
14.1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI
· Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kecergasan diri
· Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan diri
· Mengawal hawa nafsu dari melakukan kemungkaran dan kegiatan anti-sosial
· Berupaya membuat keputusan yang rasional dan mengawal kestabilan mental
· Menampilkan tingkah laku yang mencerminkan akhlak dan akal budi yang luhur serta saling hormat menghormati
· Mengamalkan komunikasi yang berkesan dan kesantunan berbahasa setiap masa
· Mengamalkan budaya memberi salam dan bertegur sapa antara sesama sendiri
· Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan imej IPG KTB
· Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program
14.2 TANGGUNG JAWAB TERHADAP RAKAN PESERTA
· Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta
· Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan rakan peserta.
· Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam mengatasi masalah yang dihadapi
· Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan menjatuhkan nama baik dan maruah rakan peserta
· Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti seperti yang diarahkan
· Bersedia memaafkan kesalahan orang lain dan menyedari kelemahan diri
· Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakan peserta.
14.3 TANGGUNG JAWAB TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN
· Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman
· Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas
· Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian
· Melaksanakan tugasan dengan jujur dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan
· Berusaha mencapai prestasi yang cemerlang
· Bersikap akur kepada keputusan, berlapang dada terhadap perbezaan pandangan dan pendekatan
· Menyertai semua aktiviti program untuk manfaat diri, kumpulan dan persekitaran sesuai dengan potensi diri
· Berdoa semoga mendapat keredhaan Tuhan dan keberkatan ilmu serta pengalaman yang diperoleh.
14.4 TANGGUNG JAWAB TERHADAP JURULATIH DAN PEGAWAI PROGRAM
· Menghormati, memberi salam dan ucapan penghargaan kepada semua jurulatih dan urus setia
· Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan urus setia dan jurulatih
· Memberikan tumpuan yang bijaksana dan menghargai tunjuk ajar jurulatih
· Membincangkan secara berhemah dan profesional terhadapa ilmu yang diragui atau yang bertentangan dengan kefahaman dan realiti semasa
· Sentiasa meminta keredhaan ilmu yang dipelajari daripada pegawai bertugas
· Mendoakan kesejahteraan semua jurulatih dan urus setia.
14.5 TANGGUNG JAWAB TERHADAP KAWASAN KEM
· Mematuhi peraturan, arahan tetap dan etika peserta
· Menjaga keharmonian di kawasan kem dan tapak aktiviti
· Peka terhadap kebersihan semua ruang dan bahagian kem, serta kemudahan yang disediakan
· Menjaga keselamatan harta benda awam dan kepentingan bersama
· Menanam sikap berjimat cermat menggunakan air dan elektrik
· Menjaga nama baik dan imej kawasan kem
· Sedia berkhidmat dan memberikan bantuan dengan penuh keikhlasan
· Bertekad dan berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif program
· Menghayati dan mengamalkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh
No comments:
Post a Comment